liputan | 1 apa-apa (spt pasir, salji) yg meliputi atau menutupi sesuatu yg lain: Sejauh mata memandang, hanya ~ salji yg kelihatan. 2 laporan ttg sesuatu peristiwa yg sedang berlaku (berlangsung) utk media massa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
liputan berita | perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liputan | 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain | 1. Kumpulan medan bagi fail dalam model sistem pengurusan pangkalan data. 2. Ruang liputan suatu bidang ilmu pengetahuan. 3. Kawasan liputan bagi masalah yang hendak diselesaikan. | Kamus Komputer |
tindan-tindih | cakupan atau liputan yg sebahagiannya sama, pertindanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain pengetahuan(knowledge domain) | Kawasan liputan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan. | Kamus Komputer |
skop II | bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup: prakata mengandungi penerangan tentang tujuan buku itu ditulis, ~ kandungan buku, dan sejarah penulisan buku itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakupan | 1. perihal menyauk sepenuh genggaman tangan: 2. liputan, rangkuman, lingkungan: pendekatan ini agak berbeza dan terpisah drpd kebiasaan disiplin ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerincian | perihal atau perbuatan memperincikan, penghuraian (secara terperinci): ada yg terlalu luas liputan maksudnya hingga memerlukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain | 1 kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |