lirik II | 1 puisi yg melukiskan perasaan. 2 seni kata (dlm sesebuah lagu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lirik I | , = lirikan, = ~ mata jelingan mata; kerlingan. melirik menjeling dgn tajam; mengerling. selirik selayang pandang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lirik III | 1. sj puisi yg menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lirik II | jelingan mata, pandangan ke kiri ke kanan, kerlingan; selirik selayang pandang, sekejap pandang; melirik menjeling dgn tajam, mengerling: setelah ~ dulu ke kiri ke kanan, ia pun duduk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lirik I | ®larik I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memelodikan | menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan lirik, puisi dsb dlm bentuk melodi: Dia ~ puisi karya penyair-penyair tanah air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memelodikan | menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan (lirik, puisi dsb) dlm bentuk melodi: dia ~ puisi karya penyair-penyair terkenal tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melodi | (mélodi) 1. susunan seni kata berirama; 2. lagu, irama lagu; memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan (lirik, puisi dsb) dlm bentuk melodi: dia ~ puisi karya penyair-penyair terkenal tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melodi | /mélodi/ 1 lagu; irama lagu. 2 susunan kata yg berirama. bermelodi berirama. memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan lirik, puisi dsb dlm bentuk melodi: Dia ~ puisi karya penyair-penyair tanah air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |