mikrolitar(microcircuit) | 1. Litar yang terbina di dalam cip litar bersepadu. 2. Litar dalaman CPU yang menentukan suruhan bahasa mikroatur cara CPU. 3. Litar bagi sistem yang menggunakan mikropemproses sebagai nadi sistemnya. | Kamus Komputer |
papan penyambung(extender board) | 1. Papan litar yang memegang litar dan cip litar bersepadu bagi mengembangkan kemampuan sistem. 2. Papan litar yang memanjangkan papan litar utama supaya dapat menerima lebih banyak kad litar. | Kamus Komputer |
litar tulang belakang(backbone circuit) | 1. Litar yang menjadi teras kepada sistem tertentu. Jika litar ini gagal, keseluruhan sistem akan gagal. 2. Sambungan litar rangkaian komputer kawasan setempat yang membentuk struktur tulang belakang. | Kamus Komputer |
litar antara muka(interface circuit) | 1. Litar yang menyambungkan pemproses utama atau sistem komputer dengan peranti sokongannya. 2. Litar yang boleh menyambungkan dua sistem yang tidak sepadan. | Kamus Komputer |
terdawai ATAU(wired-OR) | Kaedah penyambungan litar yang membolehkan litar berasingan disambung sebagai litar logik ATAU. Titik penyambungan litar ini akan mempunyai aras logik 1 jika output mana-mana litar yang disambung pada titik tersebut mempunyai nilai logik 1. | Kamus Komputer |
litar | 1 lilit pd sesuatu benda; keliling. 2 = litaran pusingan aliran arus elektrik yg lengkap. 3 = litaran selengkap peralatan (spt wayar pengalir, suis) utk mengalirkan arus elektrik. ~ pintas ist sambungan elektrik di antara dua titik dlm litar yg mempunyai rintangan rendah berbanding dgn bahagian lain dlm litar, yg menyebabkan litar elektrik terputus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
logik litar(circuit logic) | 1. Penyambungan logik sesuatu litar. 2. Keadaan logik sesuatu litar. | Kamus Komputer |
pengayun(oscillator) | 1. Litar atau peranti yang menjanakan isyarat jam yang digunakan oleh sistem sebagai pemasa penyegerakan. 2. Peranti yang menjana gelombang isyarat yang berkitar. | Kamus Komputer |
penambahan(addition) | 1. Litar, peranti, rutin, atau ciri baru yang dimasukkan ke dalam perkakasan atau perisian komputer yang sedia ada. 2. Tindakan menokokkan satu kuantiti pada satu kuantiti lain untuk memberi hasil jumlah. | Kamus Komputer |
unsur aktif(active element) | 1. Litar atau peranti yang menerima tenaga daripada sumber luar selain isyarat input utama. 2. Unsur yang sudah digiatkan untuk bekerja. | Kamus Komputer |