log keluar(log off, log out) | Tindakan menarik diri secara rasmi daripada log sistem komputer sebelum berhenti secara muktamad daripada menggunakan sistem. | Kamus Komputer |
log masuk(log in, log on) | Tindakan menjalinkan perhubungan rasmi dengan sistem komputer dengan mendaftarkan nama dalam log sistem komputer sebelum dibenarkan menggunakan sistem. | Kamus Komputer |
log | buku yg digunakan utk menyimpan butirbutir tentang sesuatu, mis penyenggaraan kenderaan: buku ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
log | Rekod penggunaan sistem komputer yang mencatatkan setiap proses dan tindakan yang dilakukan mengikut jeda masa yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
masa sambung(connect time) | 1. Ukuran jangka masa penggunaan sistem komputer oleh pengguna. Masa ini dikira sebagai tempoh di antara masa pengguna log masuk dengan masa pengguna log keluar sistem. 2. Jangka masa saluran talian penghantaran disambungkan pada peranti. | Kamus Komputer |
nama log masuk | ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggunaan sistem atau rangkaian komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurnal elektronik(electronic journal) | Fail log yang menyimpan ringkasan kegiatan sistem mengikut jujukan masa. | Kamus Komputer |
mengkatalogkan | 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moderator | 1. orang yg mengendalikan, mengawal dsb perbincangan dll supaya dapat mencapai kata sepakat, berjalan lancar dan teratur: beliau akan menjadi ~ utk sesi dia-log yg pertama; 2. orang yg memastikan kekonsistenan piawai-piawai yg digunakan dlm memarkahi kertas peperiksaan dsb oleh para pemeriksa yg berlainan; 3. (Fiz) bahan yg digunakan utk melambatkan pergerakan neutron dlm reaktor nuklear: bahan berilium oksida digunakan sbg ~ neutron dlm reaktor nuklear dan sbg penebat elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katalog | 1. butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan; mengkatalogkan 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; pengkatalog orang yg mengkatalogkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |