Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
loghat
Rujuk :bahasa


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
loghat1 bahasa daerah; bahasa setempat; dialek: ~ Kelantan. 2 gaya mengucapkan atau menyebut perkataan; pelat: Drpd ~nya, kita dpt meneka bahawa beliau orang Perak. 3 perbendaharaan kata: Perkataan itu tidak terdapat dlm ~ Sunda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
loghat I1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai bebe­rapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
langgam1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli).Kamus Pelajar Edisi Kedua
langgam1 cara; ragam; gaya: <i> ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayui>.Kamus Pelajar
langgam1. cara; ragam; gaya:<i>~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu.i> 2. adat kebiasaan: <i>Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara.i> 3. sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli).Kamus Pelajar
idiomatik1. berupa, mempunyai atau penuh dgn kiasan: sebuah ungkapan yg ~; 2. mengikut jalan bahasa (loghat dsb) tertentu: mereka bercakap dlm bahasa Sepanyol yg lancar dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
aksen(aksén) (Lin) 1. tekanan suara (bunyi) pd kata atau suku kata; 2. cara seseorang dr sesebuah daerah (negeri dsb) menyebut kata-kata, loghat, pelat, telor; 3. tanda diakritik; mengaksenkan menyebut sesuatu kata atau suku kata dgn menekankan suara: suku kata yg diaksenkan; pengaksenan perihal atau perbuatan meng­aksenkan: ~ sesuatu kata atau suku kata.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengarang1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pekat I1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak ber­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kitabAr 1. buku suci (yg mengandungi perkara­perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah al-Quran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai­-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku; ~-kemitab berbagai-bagai kitab; ~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir; pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas