lokasi | 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan: menggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; 2. letak, kedudukan: besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika ~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dr orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seting | (séting) pemandangan, persekitaran, atau latar belakang yg dibuat utk mewujudkan lokasi bagi drama pentas, filem, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mercu tanda | sesuatu objek yg mudah dicam (spt bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentukan lokasi sesuatu tempat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mercu | 1. bahagian yg tertinggi, puncak; ~ gunung puncak gunung; 2. bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi (pd masjid dll), menara; ~ api = ~ suar rumah api: api lampu ~ suar telah terkelip-kelip di Pulau Pandan; ~ tanda sesuatu objek yg mudah dicam (spt bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentukan lokasi sesuatu tempat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |