lompang I | 1 tidak berisi apa-apa; kosong. 2 gelembung atau ruang seni di dlm sel yg berisi udara atau air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lompang III | 1. laras meriam; 2. penjodoh bilangan bagi meriam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuih lompang | sj kuih (bentuknya spt lompang atau lesung) dibuat drpd tepung beras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompang II | 1. alat utk menumbuk beras dll; 2. ark lesung; kuih ~ sj kuih (bentuknya spt lompang atau lesung) dibuat drpd tepung beras; berlompang berlekuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompang II | 1 alat (tempat) menumbuk beras dll; lesung. 2 kuih yg dibuat drpd tepung beras (bentuknya spt lompang 1). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lompang I | 1. kosong: dlm dadaku terasa ~; 2. gelembung atau ruang seni dlm sel (mengandungi udara, air, dll); lompangan lompang; ~ udara gelembung (ruang) yg mengandungi udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompangan | lompang; ~ udara gelembung (ruang) yg mengandungi udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesung | sj alat utk menumbuk (padi, lada, dll), lompang: yg pekak pembakar meriam, yg buta penghembus ~; ~ batu lesung yg diperbuat drpd batu (biasanya utk menumbuk sambal); ~ hindik (kaki) lesung yg diperbuat drpd kayu dan dipijak dgn kaki; ~ kisaran sj perkakas utk mengisar padi; ~ mata soket mata; ~ pengemping lesung tempat menumbuk emping; ~ pinang gobek; ~ pipit (pipi) = lesung-lesung lekuk kecil pd pipi, cawak; ~ mencari alu (antan) prb perempuan mencari lelaki; ke mana dialih, ~ berdedak juga prb pekerjaan yg selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga; menumbuk di ~, bertanak di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; menumbuk di periuk, bertanak di ~ prb melakukan sesuatu yg menyalahi kebiasaan; sebuah ~ seekor ayam jantannya (gedangnya) prb bagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpinnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelembung | 1 bebola kecil yg terjadi drpd air sabun dll dan mengapung di udara. 2 bebola air yg timbul ke permukaan sesuatu benda cair, spt ketika air menggelegak. 3 lompang berisi udara yg terdapat dlm benda-benda cair yg sudah beku. 4 = gelembungan bebola getah yg tipis; belon. bergelembung ada gelembung. menggelembung menjadi gelembung kerana berisi udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelembung | 1. bebola kecil yg terjadi drpd air sabun dll dan mengapung di udara. 2. bebola air yg timbul ke permukaan sesuatu benda cair spt ketika air menggelegak dll. 3. lompang berisi udara yg terdapat dlm benda-benda cair yg sudah beku. 4 = gelembungan bebola getah yg tipis; belon. bergelembung ada gelembung. menggelembung menjadi gelembung kerana berisi udara. | Kamus Pelajar |