lompat | ; ~ galah (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn menggunakan galah. ~ jauh (dlm olahraga) gerakan meloncat utk mencapai jarak yg terjauh. ~ katak a. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat di belakang seseorang yg sedang membongkok. b. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat-loncat spt katak. ~ kijang (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn sebelah kaki, melangkah dan kemudian meloncat kembali. ~ tinggi (dlm olahraga) gerakan meloncat utk melampaui paras yg dpt diubah-ubah tingginya. melompat bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. ~ darjah naik ke darjah yg lebih tinggi drpd yg sepatutnya (spt dr dajah dua ke darjah empat) kerana mendapat markah yg amat baik dlm peperiksaan. melompati melompat di atas atau melampaui sesuatu; meloncati. terlompat 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. lompatan 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. pelompat orang yg melompat atau melompati sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tubruk | Id 1. lompatan utk menerkam (menangkap dll), terpa; 2. langgar, tabrak, tumbuk; main ~ bp menangkap (menuduh, menerka, dll) dgn membabi buta; tabrak-~ berbagai-bagai jenis pelanggaran kereta dll; bertubrukan 1. saling berlanggar, berlanggaran; 2. ki tidak secocok, saling bertentangan; menubruk 1. melompat utk menangkap (menerkam dll), menerpa: ditubruknya orang tua yg sudah lama dirinduinya itu; 2. melanggar, menumbuk: perahu motor kami hampir terbalik kerana ~ pulau karang yg rendah; 3. bp menangkap (pencuri), memberkas: kepala perompak itu sudah ditubruk oleh polis; tertubruk, ketubruk Jk terlanggar (oleh kereta dll), tertumbuk; tubrukan 1. pelanggaran (kereta dll), langgaran, tumbukan; 2. = bertubrukan berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan: mobil ~ dan hancur, aku dapat celaka enteng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompatan | 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lompatan | 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompat I | perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permainan kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rintangan yg dapat ditinggikan atau direndahkan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan meloncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, menerkam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulutnya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loncatan | 1 gerakan meloncat; hasil perbuatan meloncat; lompatan. 2 jarak atau tinggi meloncat. 3 tempat meloncat; tumpuan meloncat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
loncat | ; meloncat 1 bergerak dgn mengangkat kedua-dua atau kesemua kaki serentak; melompat: katak ~. 2 beralih kedudukan; meningkat tinggi: Harga gula telah ~ naik. meloncati meloncat melampaui sesuatu; melompati. terloncat tidak sengaja meloncat; tiba-tiba meloncat. loncatan 1 gerakan meloncat; hasil perbuatan meloncat; lompatan. 2 jarak atau tinggi meloncat. 3 tempat meloncat; tumpuan meloncat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjun | melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Perenang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |