loncat | ; meloncat 1 bergerak dgn mengangkat kedua-dua atau kesemua kaki serentak; melompat: katak ~. 2 beralih kedudukan; meningkat tinggi: Harga gula telah ~ naik. meloncati meloncat melampaui sesuatu; melompati. terloncat tidak sengaja meloncat; tiba-tiba meloncat. loncatan 1 gerakan meloncat; hasil perbuatan meloncat; lompatan. 2 jarak atau tinggi meloncat. 3 tempat meloncat; tumpuan meloncat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
loncat I | lompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki bersama-sama (burung, katak, dll), lompat dgn ekor (ikan); ~ galah lompat galah; ~ jauh lompat jauh; ~ tinggi lompat tinggi; berloncat melompat-lompat: unggas berterbangan dan tupai ~ di atas pokok di dlm dusun itu; berloncatan, berloncat-loncatan melompat beramai-ramai, melompat ke sana sini: kanak-kanak ~ di padang permainan itu; meloncat 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; meloncat-loncat meloncat berulang kali; meloncati meloncat melampaui, meloncat ke atas, melompati; meloncatkan menyebabkan (membawa) meloncat, melompatkan; terloncat terlompat, tidak sengaja atau tiba-tiba meloncat: ia ~ mendengar letupan itu; terloncat-loncat meloncat-loncat; ~ bagai ulat pinang prb sangat gelisah (resah); loncatan 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; peloncat orang yg meloncat (dlm sukan), pelompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loncatan | 1 gerakan meloncat; hasil perbuatan meloncat; lompatan. 2 jarak atau tinggi meloncat. 3 tempat meloncat; tumpuan meloncat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
loncatan | 1. perbuatan meloncat: mereka memperlihatkan ~ dgn kuda; 2. jaraknya (tingginya) meloncat: ia telah mencapai ~ setinggi dua meter; 3. = batu ~ tempat meloncat: ia menganggap kejayaan itu sbg batu ~ utk mencapai kejayaan yg lebih besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjompakan | 1. berloncat-loncatan (dgn kaki hadapan terangkat ke atas); 2. ki bergolak (air dll); ® dompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jompak | ; berjompak, menjompak mengangkat kaki hadapan ke atas, melompat dgn mengangkat kaki hadapan ke atas; berjompakan 1. berloncat-loncatan (dgn kaki hadapan terangkat ke atas); 2. ki bergolak (air dll); ® dompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompatan | 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merecup | 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji padi dll), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah mungkin ~ ilham utk terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
recup | ; merecup 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji padi dll), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah mungkin ~ ilham utk terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu | 1 benda keras yg berasal dr bumi tetapi bukan logam dan terdiri drpd pelbagai jenis: Mereka sedang mengutip ~ di sungai. 2 sj logam kecil yg dipakai dlm alat pemantik api (utk mencetuskan api). 3 ukuran jarak sejauh 1,760 ela (1.6 kilometer): Berapa ~ jauhnya dr Jerantut ke Kuantan? ~ api ki orang yg suka menghasut orang lain supaya bergaduh. ~ asah batu yg digunakan utk mengasah pisau dsb. ~ bata batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding rumah dsb. ~-batan segala jenis batu. ~ berani besi berani. ~ bersurat batu yg dipahat dgn huruf-huruf; prasasti. ~ dacing (timbang) timah dll pd dacing utk menimbang. ~ giling batu tempat menggiling rempah-rempah dll. ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu hingga boleh menyebabkan rasa sakit. ~ igneus batu yg terjadi drpd leleran gunung berapi. ~ kapur batu yg di dlmnya terdapat zat kalsium (digunakan utk membuat simen dll). ~ karang batu yg terjadi drpd karang-karangan di laut. ~ kelikir batu yg kecil-kecil utk membuat jalan. ~ kepala tulang kepala. ~ kisar batu yg digunakan utk mengisar gandum dll utk dijadikan tepung. ~ lada batu kelikir yg halus-halus. ~ loncatan a. batu tumpuan utk melompat. b. ki orang atau tempat yg digunakan utk mencapai sesuatu. ~ marmar batu yg putih licin dan sering digunakan utk membuat lantai dsb. ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 meter (lebih kurang 2025 ela). ~ permata batu yg berharga, spt zamrud. ~ telerang batu yg di dlmnya terdapat bijih logam. berbatu ada batunya; terdapat batu di dlmnya. berbatu-batu 1 banyak batunya; penuh dgn batu: Tanahnya curam dan ~. 2 jauh jaraknya: Kami terpaksa berjalan kaki ~ baru sampai ke pondoknya. membatu 1 menjadi keras spt batu; menjadi batu. 2 ki diam (tidak bergerak-gerak atau tidak bersuara); membisu: Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya ~. batuan ist ketulan atau gumpalan bahan galian spt arang batu, batu kapur, granit yg membentuk bahagian kerak bumi yg keras. ~ enapan ist batuan berlapis-lapis yg terbentuk drpd pengumpulan bahan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |