heptatlon | (héptatlon) (Suk) pertandingan utk peserta wanita yg dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd tujuh acara, iaitu 110 meter lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, lumba lari 200 meter, lumba lari 800 meter, lompat jauh dan merejam lembing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dekatlon | (dékatlon) (Suk) pertandingan utk peserta lelaki yg dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd 10 acara, iaitu lumba lari 100 meter, lompat jauh, lumba lari 400 meter, lontar peluru, lompat tinggi, lari berpagar 110 meter, lempar cakera, lombol bergalah, merejam lembing dan lumba lari 1500 meter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lempar | (lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; membuang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung kelihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melantingkan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. mengeluarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepadanya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena | 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan I | 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |