kepicikan | perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lorong | jalan kecil (biasanya ada rumah di kiri kanannya). melorongkan 1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lorong II | Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lorong kad(card passage) | Lihat laluan kad. | Kamus Komputer |
benderung | lorong di antara dua buah gedung; balairung ~ seribu balairung yg mempunyai seribu lorong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lorong I | jalan (biasanya ada rumah di kiri kanannya), jalan kecil: sepanjang ~ itu orang tidur di kaki lima; berlorong mempunyai lorong: kawasan perkampungan yg ~ kecil; melorongkan 1. mengarahkan, memandu, menunjukkan jalan: kelong mempunyai dua petak, petak luar ~ ikan masuk ke petak dalam; 2. mengabulkan, meluluskan (permintaan dll): permintaan mereka dilorongkan Tuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
picik | 1. tidak lebar (luas), sempit: kamar yg ~ lagi kotor; 2. tidak luas, sempit, cetek (pandangan, fikiran, pengetahuan, dll): bertambah-tambah pula ~ pengetahuanku dlm ilmu mengarang; 3. sempit, susah (wang, penghidupan, dll): kalau kita sesak dan ~ wang, tidak ada siapa boleh memberi; 4. Jk tidak boros, cermat, hemat; memicikkan menyempitkan, mengurangkan, dll; kepicikan perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titi | = titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~ udara jambatan udara; bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~; bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok kelapa; meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~ buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar; titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi penghubung antara dua pihak dll; ~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang); ~ air polongan asap prb orang pengantara yg meno | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trek | /trék/ lorong utk lumba lari, lumba kereta dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
trek | (trék) lorong utk lumba lari, lumba kereta, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |