lorong II | Mn ark berkenaan dgn, mengenai, tentang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gang II | IB lorong kecil (di kampung-kampung dlm bandar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papas II | ; berpapasan bertemu sewaktu berselisih lalu: ketika melalui lorong kabin jurumudi, Ramli ~ dgn serang kapal; apakah aku tidak boleh menegurmu kalau kebetulan kita ~ dijalan? memapas menyongsong, menongkah: ~ angin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkup II | ; merangkup 1. merangkum, memeluk; 2. menudungi, menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang; terangkup dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; rangkupan rangkuman, cakupan, lingkungan: mereka menumpukan perhatian pd penyelesaian masalah dlm ~ paradigma tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diri II | ; berdiri 1. tegak di atas kaki, tidak berbaring (duduk, mencangkung, dsb), bangkit dan tegas: setelah khutbah selesai dibaca, maka masing-masing pun ~ utk bersembahyang; kami terpaksa ~ sahaja dlm dewan itu kerana kerusi yg disediakan tidak mencukupi; 2. (telah) diadakan atau ditubuhkan (bkn negara, pertubuhan, dll), telah ada: DBP sudah ~ sejak tahun 1956 lagi; 3. = ~ atas berdasarkan, berasaskan, (bergantung, bersandar) pd: berjaya tidaknya rancangan yg baru itu ~ atas sokongan yg diterima drpd orang ramai; ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd orang lain; 4. = ~ atas = ~ drpd berasal (bermula, terbitnya, terjadi) drpd; ~ di belakang (pemerintah) menyokong atau berpihak (kpd pemerintah); ~ (bertegak) lutut duduk dgn lutut didirikan (ditegakkan); ~ sendiri tidak bergantung pd orang lain; ~ sama tegak, duduk sama rendah prb sama setaraf, sejajar dgn; mendirikan 1. menjadikan berdiri, menegakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; terdiri 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; dirian (Hut) jumlah pokok (kayu balak) yg terdapat dlm suatu kawasan hutan, biasanya dinyatakan dlm isi padu per unit keluasan; pendirian 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat, dll) utk menimbang atau menilai sesuatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pembangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, perbadanan, pertubuhan; berpendirian mempunyai pendirian, berpegang teguh (pd sesuatu pendapat, fahaman, dsb): saya masih ~ bahawa Karl Marx telah membuat suatu ramalan yg meleset; pendiri 1. = sependiri sepanjang (setinggi) orang berdiri; 2. penaja sesuatu perkumpulan (perbadanan dll); 3. orang yg mendirikan atau mengasaskan sesuatu: semua ahli teori ini ialah ~ teori sastera Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceruk I | 1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |