Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
luaran1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah;Kamus Dewan Edisi Keempat
label luaran(external label)1. Lihat label fail 1. 2. Label pengenalan dalam bentuk pelekat kertas, logam, atau plastik yang diletakkan di bahagian luar badan perkakasan atau pembalut bahantara pemegang perisian.Kamus Komputer
isihan luaran(external sort)1. Fasa kedua dalam pengisihan berulang kali. Rentetan data akan digabungkan berterusan sehingga salah satu rentetan yang berjujukan terbentuk. 2. Isihan data atau rekod yang dilakukan di luar atur cara.Kamus Komputer
reka bentuk kad(card design)1. Reka bentuk luaran bagi kad tebuk atau kad paparan elektronik. 2. Reka bentuk bagi kad litar elektronik. 3. Reka bentuk yang dilakukan dengan menggunakan kad untuk membolehkan reka bentuk disusun kemudian dengan lebih mudah.Kamus Komputer
wajahair muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wajah1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
luarlwn (bahagian) dalam: terdengar bunyi ketukan dr ~; kulit ~; orang ~; ~ bandar daerah yg jauh dr bandar, kampung, desa; ~ batas melampaui (melebihi) batas; ~ bicara tidak masuk dlm pembicaraan (per­bincangan, perhitungan); ~ dalam a) bahagian luar dan bahagian dalam; b) lahir batin; ~ dugaan tidak disangka-sangka; ~ janji tidak masuk dlm janji; ~ kepala Id dgn ingatan (tidak usah ditulis atau melihat tulisan), hafaz; ~ kira luar bicara; ~ negeri = negeri ~ negeri asing; ~ nikah (perhubungan jenis) yg tidak halal; (orang) ~ pagar (orang yg) tidak kena­mengena (tidak bersangkut paut); ~ pantai luar pesisir; ~ pesisir a) terletak di laut tidak berapa jauh dr pantai (bkn kedudukan sesuatu, mis pulau, pelantar minyak dll); b) (Eko) beroperasi atau berdaftar di luar negara kerana cukainya lebih rendah, peraturannya lebih longgar dll (bkn bank, pelaburan, syarikat dll); ~ sangkaan tidak disangka(-sangka); ~ talian (Komp) sifat peranti sokongan atau sistem yg tidak lagi tersambung atau tidak lagi dikawal terus oleh sistem utama; di luar 1. di bahagian luar, di sebelah luar: keadaan ~ bertambah sunyi dan gelap; 2. tidak masuk (perkara, perhitungan, tanggungan, dll), kecuali, tidak diliputi (terliput) oleh, lain drpd: budak-budak nakal itu melepaskan kata-kata yg ~ pengalaman mereka; kejadian itu ~ pengetahuannya; ~ dugaan tidak terduga sama sekali (tidak tersangka-sangka); ~ kepala Id luar kepala; ~ pembicaraan tidak masuk dlm pembicaraan; ke luar ke sebelah luar; meluar menyembul keluar, menonjol keluar; meluarkan 1. tidak memasukkan ke dlm golongan (perhitungan dll), mengasingkan, mengecualikan, menyingkirkan; 2. menyuruh keluar; luaran 1. = orang ~ orang asing, orang lain; 2. sl orang yg tidak masuk dlm golongan istana, orang keluaran; 3. = negeri ~ negeri asing; 4. yg tampak sahaja, lahiriah: pd ~nya sahaja kita dipaparkan dgn kenakalan Umar Umaiyah; peluaran; dunia ~ dunia luar; ®keluar.Kamus Dewan Edisi Keempat
perpeluhan1. perihal berpeluh; 2. penge­luaran (pembuangan) air atau wap oleh tum­buhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kosmetik(kosmétik)1. alat solek (utk men­cantikkan rupa orang perempuan); 2. luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi): model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yg besar, terutama dr segi reka bentuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
kristalografi1. kajian tentang pembentukan hablur; 2. kajian tentang susunan dalaman (ion dan molekul) dan bentuk luaran hablur, dan pengelasan hablur; ~ sinar-X kaedah penentuan struktur hablur dgn menggunakan sinar-X.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas