komprehensif | /kompréhénsif/ luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dlmnya: Sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan. laporan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komprehensif | (kompréhénsif) luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya, tuntas: sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan; menyediakan laporan-laporan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekstensif | (éksténsif) luas liputannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempit | 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), mengecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (mengecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |