Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.ka] | لوک

Definisi : 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa ter­sindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindir­kan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.ka] | لوک

Definisi : 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka

Puisi
 

Kati-kati dalam perahu,
     Anak punai merah matanya;
Luka hati siapakan tahu,
     Luka tangan tampak darahnya.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rosak1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
tetak Iluka ~ luka kerana diparang (dibacok); bertetakan saling mengenakan parang dll kpd, saling membacok, parang-memarang: maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis; menetak memotong (mengerat dll) dgn sen-jata tajam yg diayun kuat-kuat, meman­cung, memarang, membacok: petani itu telah ~ lembu yg memakan padinya; ~ meramu menebang kayu-kayan utk membuat rumah; tetak-menetak saling menetak, bertetakan; menetakkan memarangkan; tetakan hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik; penetakan perbuatan menetak, pemarang­an, pemancungan, pembacokan; penetak 1. orang yg menetak, pemarang, pemancung, pembacok; 2. alat utk menetak.Kamus Dewan Edisi Keempat
rempang-rempongluka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian).Kamus Dewan Edisi Keempat
rempang(rémpang); ~-rempong luka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian).Kamus Dewan Edisi Keempat
berlukaansl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ber­tikam tombak, seorang pun tiada ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendapat kemalanganmendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
mencantumkan1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengeroyokmenyerbu (merem­puh, menyerang) beramai-ramai: ia mendapat luka-luka kerana dlm perebutan barang-barang rombengan itu, ia dikeroyok oleh saingan-saingannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kekoyakankeadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
keroyok; mengeroyok menyerbu (merem­puh, menyerang) beramai-ramai: ia mendapat luka-luka kerana dlm perebutan barang-barang rombengan itu, ia dikeroyok oleh saingan-saingannya; keroyokan rempuhan atau serangan bera­mai-ramai, serbuan (oleh orang yg tidak sedikit bilangannya), pergaduhan (perkelahian) bera­mai-ramai; pengeroyokan perihal atau perbuatan mengeroyok; pengeroyok orang yg mengeroyok.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas