berukir | 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reproduksi | (réproduksi) tiruan lukisan (lukisan yg diambil gambar dgn kamera). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
grafik | 1. maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll (utk menyatakan atau menyampaikan idea dsb); 2. lukisan-lukisan (gambar-gambar dsb) pd susunan halaman majalah (buku dsb); 3. (yg) menggunakan atau terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll; ~ komputer kaedah penggunaan komputer utk mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dll lukisan atau imej grafik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ukir | lukisan yg dibuat dgn memahat (menggores, menoreh, dll) pd barang-barang per-hiasan dll; ~ benam lukisan tenggelam (pd barang-barang perhiasan dll); ~ kencana lukisan pd barang emas; seni ~ seni membuat gambar dll dgn pahat, seni pahat; tukang (juru, pandai) ~ orang yg pandai membuat (membentuk dll) sesuatu dgn pahat; berukir 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; mengukir 1. membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): dia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal; 2. ki membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum dll): mulutnya ~ senyuman; ukir-mengukir perbuatan (kerja dsb) mengukir; mengukirkan 1. melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh, dll), melukis-kan dgn mengukir: dia sedang ~ lambang negara pd pintu besar bangunan itu; 2. meng-gambarkan sesuatu (peristiwa dsb) dgn indah: sejarah telah ~ kisah-kisah penting apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah; 3. ki melekatkan (menyimpan) dlm hati: kenang-kenangan manis itu akan diukirkan dlm hati; terukir 1. sudah diukirkan: gambar pagoda Siam ~ di situ; 2. ki terbentuk, nampak, ter-dapat: di mukanya ~ senyum lebar menyambut kedatangan Mak Siti; ukiran 1. = ukir-ukiran sesuatu yg telah diukirkan, lukisan dll yg terukir: bangunan itu agak muram, dihiasi dgn ~ timbul yg tidak teratur letaknya; 2. hasil drpd mengukir, cara mengukir: bangsa Melayu mempunyai keseniannya sendiri spt ghazal, dondang sayang, barang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu; pengukiran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukir; pengukir 1. orang yg mengukir, juruukir; 2. alat yg digunakan utk mengukir (pahat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stafaj | tambahan bentuk manusia dan haiwan pd lukisan, khususnya lukisan landskap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemandangan | 1. keupayaan (kemampuan) mata utk memandang, pelihatan: ~nya sudah kabur; 2. sl pemerhatian: pd ~ patik, ada juga sesuatu kedukaan tuanku, katakan kpd patik, mudah-mudahan dapat patik membicarakan dia; 3. keadaan (alam dll) yg indah dipandang: bukan buatan indah ~ dewasa itu; lukisan ~ lukisan bkn alam; 4. hasil memandang, pandangan: ~ dr depan berbeza dr belakang; 5. pendapat, pandangan, pengetahuan: memberikan ~nya tentang ciptaan itu; jauh perjalanan, luas ~ jauh perjalanan, luas pengetahuan; ~ umum pemandangan mengenai seluruh soal atau hal; 6. ulasan, komentar: ~ politik hari ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
plot semak(check plot) | Plot kasar yang dihasilkan secara automatik oleh sistem reka bentuk bantuan komputer bagi lukisan grafik yang dibina untuk membolehkan pengguna meneliti, membetulkan, dan mengesahkan lukisan sebelum lukisan sebenar diplot secara terperinci. | Kamus Komputer |
lukisan teknik | lukisan (pelan bangunan dsb) yg menggambarkan sistem atau struktur sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lukisan pemandangan | lukisan bkn alam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungging I | lukisan atau perhiasan (berwarna-warni); juru~ pelukis sungging; seni ~ seni membuat gambar perhiasan; menyungging melukis dgn warna-warni (cat dll), mewarnai (lukisan dll); tersungging 1. sudah disungging (lukisan); 2. ki terlukis (senyuman): akhirnya ~lah di bibirnya sebuah senyuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |