luluk II | sl mata-mata; meluluk mengintai, mengintip (musuh dll); lolok I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluk I | Mn lumpur; berluluk berlumpur, kena lumpur; tiada ~ mengambil cekerau prb mendapat untung dgn tidak bersusah payah; terluluk sudah gembur dan boleh ditanami (sawah); lolok II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlolok | berlumpur; ®luluk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelolok | sl mata-mata; ®luluk II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lolok II | Ph lumpur; berlolok berlumpur; ®luluk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lolok I | ; melolok mengintip, mengintai (musuh); pelolok sl mata-mata; ®luluk II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sawah | tanah yg bencah (digenangi air) tempat menanam padi, bendang; turun ~ (mulai) mengerjakan sawah; ~ air sawah yg berair kerana hujan; ~ bencah sawah yg mendapat airnya dr tali air; ~ rawang sawah di tanah yg berpaya-paya; ~ tadahan Jw sawah yg hanya mendapat air drpd air hujan; ~ berpermatang, ladang berbintalak prb sesuatu perkara itu ada batasnya (hadnya); ~ luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak prb jika ada orang yg meminjam wang, wajib ada orang yg menjaminnya; ke ~ tidak ber-luluk, ke ladang tidak berarang prb mem-peroleh keuntungan (dll) tidak dgn bersusah payah; bersawah 1. mempunyai sawah: orang-orang kita yg tidak ~ biasanya membeli beras dr kedai; 2. = menyawah bekerja menanam padi di sawah, mengerjakan sawah: kerja Tuk Mat sehari-hari ialah menoreh getah dan ~; ~ seperempat piring, ke sawah sama dgn orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya-kaya; ~ sepiring tidak akan tempat se-pasin bertanya prb peri kemiskinan yg amat sangat; persawahan 1. perihal bersawah (mengusahakan sawah): dlm sejarah ~ di negeri ini, menanam padi dua kali setahun sudah lama dilakukan; 2. kawasan yg dijadikan sawah; pesawah orang yg kerjanya bersawah, petani: menantunya bukan seorang ~ lagi, melain-kan sudah bakal jadi saudagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |