lum | ark; masak ~ ranum, terlampau masak (buah-buahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masak lum | ranum, terlampau masak (buah-buahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyeliputi | meliputi atau menyaluti sesuatu: Lumpur ~ seluruh badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teruntum bunga putih | sj tumbuhan (pokok), Lumnitzera racemosa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercalit | kotor kerana kena sesuatu seperti lum¬pur dan sebagainya, berpalit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersemarak | 1 berseri; gilang-gemilang: Bandar Kuala Lumpur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seliput | ; berseliput penuh ditutupi sesuatu: Jarinya ~ dgn cat. menyeliputi meliputi atau menyaluti sesuatu: Lumpur ~ seluruh badannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teruntum | sj tumbuhan (pokok renek), kuku lang laut, terutum, Aegiceras corniculatum; ~ bunga putih sj tumbuhan (pokok), Lumnitzera racemosa; ~ merah sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi-tepi laut), beluntas, Lumnitzera coccinea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semarak I | cahaya yg menambah keelokan sesuatu; seri: Dgn kehadiran tuan, moga-moga bertambahlah ~ majlis kami ini. bersemarak 1 berseri; gilang-gemilang: Bandar Kuala Lumpur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). menyemarakkan 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: Kemenangan ini merupakan ~ semangat supaya aku terus berkarya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
harap | 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = haraplah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ maklum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan mendapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mempercayai: maka dukacitalah ia sebab kehilangan orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak memperoleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharapkan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengharapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |