berlumpur | 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lumpur | tanah berair yg lembut, selut; ~ katam lumpur yg terdapat di pantai; beroleh ~ di tempat yg kering prb beroleh kesusahan dgn tidak disangka-sangka; takut akan ~, lari ke duri prb mengelakkan kesusahan yg kecil dapat kesusahan yg besar; berlumpur 1. mempunyai lumpur, penuh dgn lumpur: di tebing yg ~ ini, tumbuh hutan bakau; 2. berlumur lumpur, kena lumpur: kasutnya ~; melumpuri menyebabkan berlumpur pd: kanak-kanak itu bermain sambil ~ dinding rumah itu; perlumpuran tempat yg penuh dgn lumpur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lumpur | tanah lembut dan berair; selut. berlumpur penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lumur | ; berlumur, berlumuran berlumang (bergelumang) dgn lumpur (minyak, debu, dll), terpalit-palit dgn kotoran (lumpur dll): ia membuka kasut yg sudah ~ lumpur; melumuri menyapu badan dll dgn (minyak dll): ~ mukanya dgn bedak; melumurkan, melumur menyapukan (minyak, lumpur, dll), melumangkan, memalit-malitkan: ~ arang ke mukanya; dilumurkannya minyak ke kepala budak itu; lumuran sesuatu yg dilumurkan (spt minyak, lumpur, dll); pelumuran perbuatan melumurkan atau melumuri sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lumpur katam | lumpur yg terdapat di pantai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlumpur | penuh dgn lumpur; berlumur dgn lumpur: Kasutnya ~ kerana ia berjalan di tempat yg becak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berselepur | berlumuran dgn lumpur, berselepat dgn lumpur (kerbau dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlepotan | berlumur (dgn lumpur), bergelumang (dgn lumpur); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luluk I | Mn lumpur; berluluk berlumpur, kena lumpur; tiada ~ mengambil cekerau prb mendapat untung dgn tidak bersusah payah; terluluk sudah gembur dan boleh ditanami (sawah); lolok II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selepur | ; berselepur berlumuran dgn lumpur, berselepat dgn lumpur (kerbau dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |