luncai | ark buncit, gendut (perut): si ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menikahkan | menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita dongeng | cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dongeng | (dongéng) 1. = cerita ~ cerita khayalan (yg diada-adakan kejadiannya): ~ Pak Kaduk, si Luncai, dan Pak Belalang sangat-sangat digemari oleh kanak-kanak; ~ dewata dongeng mengenai dewa-dewa; ~ ibarat dongeng yg mengandungi ibarat; 2. ki sesuatu (spt berita, cakap-cakap, dll) yg tidak benar: apa yg diceritakannya itu hanyalah ~ semata-mata; berdongeng ki bercakap tentang sesuatu yg tidak benar: saya bukan hendak ~ apabila menceritakan hal itu; mendongeng 1. membuat (menyampaikan) cerita dongeng: ibu selalu ~ pd waktu kami hendak tidur; 2. ki bercerita atau meminta yg bukan-bukan: ibunya hari-hari ~, mengecek, dan memujuk dia supaya berkahwin; mendongengkan ki menyampaikan (menceritakan) kisah yg bukan-bukan: bermacam-macam kisah yg didongengkannya apabila ia pulang dr luar negeri; kedongengan unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; dongengan cerita (yg karut, bohong, dll): kekayaan negeri itu nyatalah hanya ~ semata-mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nikah | akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |