naik syeikh | bp lupa diri, hilang pertimbangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik tocang | bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa diri | tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lupa I | 1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling mengecewakan ialah kemewahan yg telah diusahakannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat kerugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolongmenolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagaimana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ sesuatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik | 1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. bergerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, menumpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ perbekalannya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangatnya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah menyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (memberanikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaikkan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilap | Jk lupa akan diri sendiri (sehingga sanggup melakukan sesuatu yg kurang baik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelap fikiran (mata) | lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ingat | 1. masih ada dlm fikiran, tidak lupa: ia masih ~ lagi namaku; ~-ingat lupa antara ingat dgn tidak ingat (tidak berapa ingat); memberi ~ memberitahu (supaya ingat); 2. timbul lagi dlm fikiran, tahu, sedar: sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi; 3. (dlm keadaan) sedar, siuman: setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya; ~ akan keadaan diri sedar akan hal diri; tidak ~ a) terlupa; b) tidak sedarkan diri, pengsan; 4. = ingat-ingat hati-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia: kata orang tua-tua, ~ sebelum kena; 5. bp bercadang, berhajat, berniat: dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat; 6. bp fikir, rasa: saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dgn segera; ~ ranting yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan; ~ sebelum kena, jimat sebelum habis prb hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta; ~ yg di atas, yg di bawah akan menimpa prb, Mn orang yg berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yg di bawahnya disusahkan atau menentangnya); seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang): selama bekerja dgn Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah; berseingat ark berhati-hati; ~ diri berhati-hati supaya diri selamat; beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; mengingat 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; mengingati mengingat akan: dia sentiasa ~ pesan ibunya; kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali; mengingatkan 1. mengingat akan: keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang ~ sesuatu; 2. memberi ingat, memberi nasihat, dll supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dll): ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat utk mengadu selain drpd Tuhan; 3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang): sepasang kasut hitam yg telah tembus tapaknya ~ dia kpd pak ciknya di kampung; memperingati 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dll supaya sedar akan tanggungjawab dll: saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah; teringat ingat dgn tiba-tiba, terkenang, timbul dlm fikiran: dia ~ satu kisah yg hampir-hampir sama dgn pengalamannya sekarang; teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dlm ingatan: walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yg sentiasa tersenyum itu; teringatkan teringat akan; ingatan 1. sesuatu yg diingat, sesuatu yg timbul dlm fikiran: kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini; 2. kuasa utk mengingat sesuatu (yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi; (menjawab) dgn ~ (menjawab soalan) dgn apa yg ada dlm ingatan (dgn tidak melihat buku catatan); 3. fikiran, kesedaran, sesuatu yg terbit dlm fikiran: tiba-tiba ~nya melayang kpd isteri dan anak-anaknya yg berada di kampung; pd masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yg terkemuka; hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri; ~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila); sakit ~ sakit otak (gila); 4. perhatian: sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dlm tempoh seminggu lagi; 5. (Komp) bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat; ingat-ingatan 1. kenang-kenangan: pd masa hidup kita hendaklah membuat jasa utk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari; 2. tidak berapa ingat, ingat lupa; peringatan 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; pengingatan perihal mengingati (mengingatkan); pengingat orang yg tidak mudah lupa sesuatu(yg didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dll): dia itu ~ benar orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelap | 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mabuk | 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk beranganangan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempattempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd sebelah pagi, yg dialami pd peringkat awal kehamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |