Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.pa.lu.pa] | ٢ لوڤا

Definisi : sj gelembung di dlm perut ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lupa-lupa

Puisi
 

Surabaya berupa-rupa,
     Sapu tangan jatuh ke lumpur;
Hendak kulupa tak dapat lupa,
     Lupa sebentar di waktu tidur.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lupa-lupasj gelembung di dlm perut ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayup-sayup ingatlupa-lupa ingat;Kamus Dewan Edisi Keempat
biang-biang kainki lupa-lupa ingat;Kamus Dewan Edisi Keempat
biang IIIMn hampir tembus; ~-~ kain ki lupa-lupa ingat; ~ menanti tembus prb perkara yg hampir putus (perceraian dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
sayup I1. kurang jelas pd pelihatan (pen-dengaran dll) kerana jauh: ~ mata meman-dang; 2. sedikit sahaja kurangnya (kain, perbelanjaan, dll), hampir cukup (sampai dll); ~ bulan a) hampir cukup bulan; b) sudah tidak ada wang lagi (sudah habis wang gajinya); ~ hati belas (sedih) hati; sayup-sayup 1. kurang jelas (pandangan, pen-dengaran, dll): dr jauh kedengaran ~ bunyi guruh; 2. = sayup-menyayup hampir cukup, kurang sedikit: belanja rumah tangga sudah ~;~ ingat lupa-lupa ingat; ~ sampai a) hampir tercapai, kurang sedikit lagi tercapai; b) kurang sedikit lagi sampai pd mata atau telinga (kerana kurang nyata).Kamus Dewan Edisi Keempat
ingat-ingat lupaa) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua);Kamus Dewan Edisi Keempat
lupa-lupaan1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa;Kamus Dewan Edisi Keempat
lupa I1. = ~ akan (kpd, pd) tidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar: dulu kau ~ kepadanya, sekarang kau baru ingat; ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya (pengsan); 2. = ~ oleh tidak teringat, tidak diingat; 3. kurang ingat (akan), lali (akan), lengah (akan): jangan ~ akan pekerjaanmu; ~ daratan berbuat sesuatu yg melampaui batas (tidak berkira-kira); ~ diri tidak sedar, tidak insaf atau tidak ingat lagi akan keadaan (nasib) dirinya yg sebelum itu lebih susah, menderita dsb drpd yg dialami sekarang: paling menge­cewakan ialah kemewahan yg telah diusaha­kannya telah melahirkan sifat ~ diri dan dia menjadi sombong; ingat-ingat ~ a) antara lupa dan ingat (tidak lupa tetapi kurang ingat); b) kurang baik atau lemah ingatannya (orang tua); ~ ketinggalan, terlelap kemalingan prb, Mn kalau kurang hati-hati tentu mendapat ke­rugian; ~ mengingatkan, terlelap menjagakan prb, Mn sikap ingat-mengingatkan (tolong­menolong) antara sahabat; melupai, mengelupai ark lupa akan (sesuatu): satu ciuman yg bersihir telah menyebabkan seorang putera raja ~ terus bakal isterinya; inilah wasiatku kpd kamu semua, hendaklah jangan kamu lupai; melupakan 1. lupa akan, tidak ingat akan: budi baiknya tidak dapat dilupakan; 2. menghilangkan drpd ingatan, menjadikan lupa: sukar hendak ~ peristiwa itu; 3. mengabaikan, melalaikan (kewajiban dll); terlupa lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; lupaan sesuatu yg dilupakan: ada dua unsur yg dikemukakan utk menghuraikan bagai­mana ~ berlaku; lupa-lupaan 1. buat-buat (pura-pura) lupa; 2. selalu lupa; kelupaan 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.Kamus Dewan Edisi Keempat
lupa1 kurang ingat; lalai: Dia ~ akan anak isterinya apabila berjudi. 2 tidak ingat; tidak sedar: Dia sudah ~ kpd semua rakannya. ~ akan dirinya tidak ingat akan dirinya; pengsan. ~ daratan berbuat sesuatu sehingga melampaui batas. melupakan 1 menghapuskan drpd ingatan: Ia mencuba ~ peristiwa yg buruk itu. 2 tidak ingat akan; lupa akan: Saya tidak akan ~ jasa-jasanya. 3 mengabaikan; melalaikan: Janganlah kamu ~ perintah Allah. 4 menyebabkan jadi lupa: Kesibukannya berpersatuan telah ~ dia terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. terlupa tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. kelupaan 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. pelupa orang yg selalu atau mudah lupa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lupa daratanberbuat sesuatu sehingga melampaui batas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas