lurah | 1 tanah rendah di antara gunung; lembah. 2 alur atau lekuk memanjang pd papan dll. berlurah 1 ada lurahnya; berlembah. 2 mempunyai alur (pd papan dll). melurah membuat alur atau lekuk memanjang pd papan. melurahkan menyebabkan sesuatu jadi berlurah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lurah II | Id 1. ketua kampung: hatta berapa lamanya negeri Majapahit pun besarlah, segala ~ Jawa semuanya takluk ke Majapahit; 2. ketua atau pemimpin (sesuatu bahagian pekerjaan); kelurahan daerah di bawah jagaan lurah, rumah atau pejabat lurah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurah I | 1. tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah; 2. lekuk memanjang (pd papan dll), alur; ~ hidung alur bibir; ~ tidak terturuni, bukit tidak terdaki prb, Mn perihal orang yg sangat tua dan lemah; adat ~ timbunan sarap prb orang yg berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal; bukit sama didaki, ~ sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke ~ sama menurun prb sepakat (seia sekata); di ~ air yg besar, di bukit orang yg hanyut prb orang yg tidak bersalah menerima hukuman; di ~ maka hendak angin, di bukit maka hendak air prb berkehendakkan sesuatu tidak pd tempatnya; berlurah di balik pendakian prb ada kehendak (maksud) yg tersembunyi; berlurah ada lurah, berlembah; berlurah-lurah mempunyai banyak lurah atau alur: dahi Mak Su berkerut-kerut kecil dan atas bulu keningnya pula ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hop | IB 1. ketua, lurah; 2. = hop-daktur bp ketua pengarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurang | 1 lembah yg dalam; lurah. 2 ki perbezaan dlm masyarakat, pendapat dsb: Salah satu tujuan Dasar Ekonomi Baru ialah merapatkan ~ antara golongan miskin dgn golongan kaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembarap | 1. (Palembang) ketua kampung, lurah; 2. = pembarep Jw ark sulung (anak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurang | 1. lembah yg dalam, lurah; 2. ki = ~ kehidupan kehidupan yg susah, kemelaratan; 3. ki perbezaan yg memisahkan sesuatu dgn sesuatu yg lain: dlm masyarakat lain juga, ~ antara praktik dan ideal selalu wujud; ~ generasi jurang atau perbezaan yg membeza-kan satu generasi dgn generasi yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alur | 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila membajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ bertempuh, jalan berturut prb dilakukan menurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalui | 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cangkat | 1. bukit kecil, anak bukit; ~ sama didaki lurah sama dituruni prb sama-sama merasai kesusahan atau kesenangan; 2. (bkn air) tidak dalam, cetek, tohor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |