luruh I | gugur kerana sudah masak (buahbuahan), gugur kerana sampai masanya (daun, bulu, dll); musim ~ musim daun gugur; ~ upih pergam datang, suruh putih hitam datang prb lain yg dihajati, lain yg didapat; berluruhan luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; meluruh 1. bertukar bulu (ayam dll), meranggas; 2. gugur pd musim luruh (daun), meranggas; meluruhkan menyebabkan luruh, menggugurkan, meranggaskan: tiupan angin yg kencang ~ daun-daun pokok di kawasan itu; luruhan sesuatu yg luruh, guguran: “Nenek, kita ke rumah sakit ya,” ucap Nadira dlm ~ air mata; keluruhan kejadian luruh: ramai orang percaya bahawa bahan itu boleh menyebabkan ~ rambut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berluruhan | luruh banyak-banyak, luruh di sana sini, berguguran: daun-daun ~ pd musim gugur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raras | Mn gugur, luruh; merarasi gugur (luruh) daun semuanya (pohon); laras V. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luruh II | sl daerah, jajahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun luruh | ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laras V | Mn ark jatuh dgn sendirinya (daun), luruh, gugur; ~ di muncung seseorang yg lepas cakap; melarasi habis luruh (daun); raras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luruh | gugur kerana sudah masak (bkn buah-buahan); gugur kerana sudah sampai masanya (bkn bulu, daun dll). musim ~ musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). meluruh 1 mula gugur atau luruh (bkn daun-daunan); meranggas. 2 bertukar bulu (bkn ayam dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ranggas | 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting- ranting kayu yg mati; tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut; meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~; meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang; peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntas | 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musim luruh | musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |