Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dimakan senjata, telap (oleh senjata), mempan; telut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lut
Rujuk :mempan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kebal I1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mah­kamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat di­kenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaca I1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn me­lakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan­bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca me­lihat muka (diri sendiri) dlm cermin, ber­cermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca­-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
lut sinardapat melihat melaluinya (kaca dll), hening; kelutsinaran perihal atau keadaan lut sinar.Kamus Dewan Edisi Keempat
lut sinardpt ditembusi cahaya dan kita dpt melihat menerusinya; hening. kelutsinaran keadaan atau sifat lut sinar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebal1 tidak dpt dilukai atau tidak dpt ditembusi senjata; tidak lut: Orang itu ~, tidak lut oleh senjata. 2 tidak dpt dituntut atau tidak dpt didakwa di mahkamah. mengebalkan menyebabkan jadi kebal. kekebalan keadaan kebal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebal1. tidak dpt dilukai atau tidak dpt ditembusi senjata; tidak lut: <i>Orang itu ~, tidak lut oleh senjata.i> 2. tidak dpt dituntut atau tidak dpt didakwa di mahkamah. mengebalkan menyebabkan jadi kebal. kekebalan keadaan kebal.Kamus Pelajar
telut IIdapat melukai (bkn senjata tajam dll), lut, mempan, telap; tidak ~ tidak dapat dilukai, kebal ® lut I.Kamus Dewan Edisi Keempat
lut cahayadpt ditembusi cahaya tetapi kita tidak dpt melihat menerusinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lutdpt ditembusi benda-benda tajam (spt keris, lembing); mempan; telap (oleh senjata): Orang kebal tidak ~ oleh peluru atau senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lut cahayameluluskan cahaya tetapi benda yg di sebaliknya tidak jelas tampak.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas