Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi di antara paha dan betis; pelipatan ~ lekuk di belakang lutut; tem­purung ~ tulang bulat di lutut sebelah hadapan; berkata-kata dgn ~ prb berkata-kata dgn orang yg bodoh; bersaksi ke ~ prb a) men­jadikan sahabat atau sanak-saudara sbg saksi; b) minta petunjuk kpd orang yg bodoh; berlutut, melutut ark 1. berdiri di atas lutut, bertelut; 2. ki menyerah, tunduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (herba), keremak batu, keremak rusa, maman babi, Hygrophila quadrivalois. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.tut] | لوتوت

Definisi : sendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lutut

Puisi
 

Buah pinang dipegang-pegang,
     Bawa mari kampung Cik Daud;
Bila ingat diriku dagang,
     Air mata jatuh ke lutut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kunci-kunci lututsendi pd lutut, tempurung lutut;Kamus Dewan Edisi Keempat
betis Ibahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali); buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing; tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki); diberi ~, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;membetis berjalan kaki: setiap hari dia ~ ke sekolah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kunci-kunciMn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut;Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk bertindih lututduduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung;Kamus Dewan Edisi Keempat
lututsendi kaki yg menghubungkan paha dgn betis. pelipatan ~ lekuk di belakang lutut. tempurung ~ tulang bulat di sebelah hadapan lutut. berlutut, melutut 1 duduk di atas lutut (tanpa mencecahkan punggung ke lantai); bertelut. 2 ki menyerah; tunduk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lekuk lututpelipat lutut;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertelekan lututbertelekan pd lutut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertekuk lututa) berlipat lutut; b) ki tunduk (kpd musuh dll), mengaku kalah, tewas;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertegak lututduduk dgn lutut ditegakkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpagut lututberpeluk (berdakap) lutut, tidak membuat kerja apa­-apa;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas