Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mabuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening: pusing kepala, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal,

2. Bersinonim dengan gian: asyik, berahi, tenggelam,

Kata Terbitan : memabukkan, pemabuk,

Puisi
 

Orang Jeddah menjala ikan,
     Sudah dijala jual di pekan;
Bukankah sudah saya katakan,
     Kepayang mabuk jangan dimakan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Umpama buah kepayang,
     dimakan mabuk di buang sayang.

Bermaksud :

Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mabuk kepayang (kesmaran)fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
mabuk kepayanga) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
percampuran1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepayangsj tumbuhan (pokok) yg bijinya me­mabukkan, buah keluak, Pangium edule; ~ air a) sj tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia); b) sj tumbuh­an (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis; c) sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta; d) sj tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam; ~ ipil sj tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia capniocarpa; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata; mabuk ~ a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll); umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpul­an; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira­-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-men­cintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, ter­kacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mabuk1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm ke-adaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu; ~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan­angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) peng­san kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat­tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd se­belah pagi, yg dialami pd peringkat awal ke­hamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang; ~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat; dimabuk diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; dimabuki diganggu oleh: selama tujuh ta-hun darwis itu ~ sakit cinta; memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~; kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya; pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah; pemabuk (orang yg) selalu mabuk.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas