akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelangi I | 1. cahaya yg melengkung dan bermacam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
macam | 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merampai | 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
plastik | 1. sj bahan sintetik yg warnanya bermacam-macam utk membuat pelbagai jenis alat (pinggan, sisir, alas meja dll); 2. kesenian membuat patung dll dgn mengukir atau memahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
macam | 1 keadaan atau sifat sesuatu benda; jenis: Beras Kedah ada dua ~. 2 tidak ubahnya spt; umpama; bagai: ~ anjing dgn kucing. 3 cara melakukan sesuatu; kaedah membuat sesuatu: ~ mana hendak membuat kira-kira ini? bermacam ada macamnya; berbagai. bermacam-macam banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis: ~ barang ada dijual di sana. semacam 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semacam | 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rencam | 1 = rencaman campuran bermacam-macam. 2 terdiri drpd bermacam-macam atau berbagai-bagai: makanan ~ makanan yg bermacam-macam; pekerja ~ orang yg membuat berbagai-bagai pekerjaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rampai | 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran berbagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencam II | 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri) drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan yg ~ makanan yg terdiri drpd pelbagai macam bahan; kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |