madah | 1 kata-kata yg digunakan utk memuji-muji: Puteri itu tersenyum mendengar ~ suaminya. 2 kata-kata yg diucapkan. bermadah 1 mengucapkan sesuatu utk memuji-muji. 2 berkata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
madah II | Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
madah I | 1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu men-dengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan; berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pendeknya; bermadah 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia mem-bisu sahaja; 2. berkata: senang manusia berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~; memadahkan mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang hajat tuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpanjang madah | bercakap banyak-banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendek madah | pendek kata, pendeknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpanjang madah | berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biduanita | penyanyi perempuan: ~ itu menyampaikan lagu Madah Pujangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpanjang | ; ~ kalam menceritakan dgn lanjut (panjang lebar); ~ madah bercakap banyak-banyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berperi | berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri II | sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |