mahram | orang lelaki atau perempuan yg haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana hubungan kekeluargaan yg rapat (spt ibu, anak, adik). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mahram | Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hubungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbang mahram | perlakuan sumbang (spt zina, rogol) yg berlaku antara dua orang yg mempunyai pertalian darah yg rapat, spt antara ayah dgn anak atau adik dgn abang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sumbang mahram | perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inses | (insés) (Udg) sumbang mahram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muhrim | Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muhrim | 1 orang yg dlm ihram semasa melakukan ibadah haji atau umrah. 2 bp mahram. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabaruj | (berkenaan dengan orang perempuan) memperlihatkan aurat kepada bukan mahram, serta berhias secara berlebih-lebihan | Kamus DBP versi dalam Talian |
pejorasi | (péjorasi) (Lin) perubahan (peluasan) makna sesuatu kata drpd makna yg baik kpd yg kurang elok, mis khalwat yg asalnya bermaksud menyendiri utk beribadah kpd berdua-duaan antara lelaki dgn wanita yg bukan mahram di tempat yg terpencil atau tersembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalwat | Ar 1. perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |