Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Esok hari Isnin;
Kalau kerja tidak muafakat,
     Kerja kita itu main-main.


Lihat selanjutnya...(64)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
olok; olok-olok main-main, lawak-lawak: bang­­kangannya itu hanya ~ sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gam­bar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pd tempatnya; mengolok-olokkan, memperolok-olok, mem­­­­perolok-olokkan, memperolokkan mem­permainkan dgn perkataan atau per­buatan (spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka diperolok-olok­kan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya; olok-olokan, olokan olok-olok; perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir.Kamus Dewan Edisi Keempat
ancak-ancakMn 1. tidak mempedulikan bu­ruk baik (untung ruginya dsb), lalai; 2. olok-olok, main-main: ancamannya dianggap orang sbg ~ sahaja; mengancak-ancak mengerjakan pekerjaan yg sia-sia, bermain gila, mengolok-olok, ber­main-main sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
sungguh1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perolok-olokanmain-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir.Kamus Dewan Edisi Keempat
olok-olokmain-main, lawak-lawak: bang­­kangannya itu hanya ~ sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
sungguh-sungguhtidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berperang pupuhberperang main-main; perang-perangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gajah-gajahan1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
betul-betultidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tan VIC; main ~ main ceki.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas