majal | 1. tidak tajam (pisau, pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg membuat tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran, akal): otaknya beku dan ~; 3. Kd jemu, bosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpul | 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muntul | Jk tidak tajam (pisau dll), majal, tumpul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencatuk | 1. mematuk (memagut) dgn muncung atau paruh: budak itu dicatuk ular; 2. mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dll) dgn hujung benda yg tajam: ~ batang getah; jangan dicatuk dgn yg tajam, cencang dgn yg majal prb menasihati orang jangan dgn perkataan yg tajam-tajam, tetapi dgn lembut dan berulang-ulang kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
catuk I | ; mencatuk 1. mematuk (memagut) dgn muncung atau paruh: budak itu dicatuk ular; 2. mengatuk (melukai, menetak, menakuk, dll) dgn hujung benda yg tajam: ~ batang getah; jangan dicatuk dgn yg tajam, cencang dgn yg majal prb menasihati orang jangan dgn perkataan yg tajam-tajam, tetapi dgn lembut dan berulang-ulang kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |