majlis II | elok sekali; cantik; permai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
majlis II | 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjelis | bp cantik, molek; majlis II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mejelis | bp cantik, elok, molek; majlis II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jemput II | ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undang II; | undangan; majlis (dewan) ~ badan yg menggubal undang-undang. perundangan hal mengenai undang-undang. | Kamus Pelajar |
madah II | Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rapat II | = kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2. mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu dirapatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dabal II | Id; ~ tengah tiang sj pakaian orang laki-laki (dipakai pd majlis jamuan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hos II | 1. orang (spt tuan rumah dsb) yg meraikan tetamu (dlm sesuatu majlis, upacara, dsb); 2. orang yg mengacarai sesuatu persembahan, program televisyen, dsb, pengacara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |