Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (me­mepat serta mencukur rambut di dahi) pe­ngantin perempuan; b) perempuan yg kerja­nya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perem­puan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perem­puan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) sau­dara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn mamak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kep drpd emak; ibu. 2 panggilan kpd perempuan yg lebih tua atau yg patut dipanggil ibu. ~ andam perempuan yg menghias atau mengandam pengantin perempuan. ~ angkat perempuan yg mengambil anak orang dan memeliharanya spt anak sendiri. ~ bonda perempuan yg sudah berumur tetapi berlagak spt orang muda. ~ mentua ibu kpd suami atau isteri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mak

Puisi
 

Ngiau-ngiau kucing di rakit,
     Nak makan jeruk belimbing;
Mak! Mak! Tunangku sakit,
     Nak mengintai di balik dinding.


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cu Ikep bongsu; pak ~ pak bongsu (pak cik); mak ~ mak bongsu (mak cik).Kamus Dewan Edisi Keempat
susingkatan bagi bongsu; mak ~ mak bongsu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pungut; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip se­suatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali­-kali; memungutkan memungut (mengambil) se­suatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem.Kamus Dewan Edisi Keempat
mak cumak bongsu (mak cik).Kamus Dewan Edisi Keempat
mak sumak bongsu.Kamus Dewan Edisi Keempat
mak pungutmak kpd anak pungut;Kamus Dewan Edisi Keempat
wa II= pak (mak) ~ (a) pak (mak) tua (panggil­an kpd ibu atau bapa saudara yg tertua); b) bp kekasih (lelaki atau perempuan); wak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
andam I; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg mengandam (meme­pat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya me­nyo­lek pengantin; pak ~ orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam); bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg keli­hatan letih lesu dgn tidak berpenyakit; berandam 1. memepat rambut di dahi, me­mepat janggut; 2. mempunyai rambut (jang­gut) yg dipepat; mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dll); ~ pengantin mengan­dam dan mencantikkan pengantin (dgn menyolek muka, mendandan rambut dll); andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah hendak belajar ~; andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik; pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam).Kamus Dewan Edisi Keempat
mak tuasaudara perempuan yg sulung kpd ibu atau kpd bapa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mak mentuaibu kpd suami atau isteri sendiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas