mak | 1 kep drpd emak; ibu. 2 panggilan kpd perempuan yg lebih tua atau yg patut dipanggil ibu. ~ andam perempuan yg menghias atau mengandam pengantin perempuan. ~ angkat perempuan yg mengambil anak orang dan memeliharanya spt anak sendiri. ~ bonda perempuan yg sudah berumur tetapi berlagak spt orang muda. ~ mentua ibu kpd suami atau isteri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pungut | ; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali-kali; memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mak I | 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu): ~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menghias pengantin perempuan; ~ ang-kat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perempuan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung; ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) saudara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkatalogkan | 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mamak | 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesarpembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn perniagaan makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andam I | ; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menyolek pengantin; pak ~ orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam); bagai anak dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg kelihatan letih lesu dgn tidak berpenyakit; berandam 1. memepat rambut di dahi, memepat janggut; 2. mempunyai rambut (janggut) yg dipepat; mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut, dll); ~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dgn menyolek muka, mendandan rambut dll); andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah hendak belajar ~; andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik; pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyayur | 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyajikan | 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk ~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll), mem-persembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencartakan | 1. merakamkan sesuatu maklumat dlm bentuk carta: ~ perubahan suhu setiap dua hari; 2. ki merangka atau menyusun sesuatu gagasan secara teratur: penubuhan Umno di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946 menjadi gagasan besar bagi ~ masa depan agama, bangsa dan tanah air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setuju | 1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |