Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selampit Idandan rambut (pintalan tali dll) yg pipih: maka ditambat orang pd tali kail itu tunda, maka ditarik ke atas, maka ditambat-kan pula ~ yg seni.Kamus Dewan Edisi Keempat
mohon1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaf­lah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II.Kamus Dewan Edisi Keempat
menutupkan1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk: maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutup­kannya pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukul tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa): ia mesti ~ puasanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menangkis1. menepiskan atau mengelak­kan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis ba­ginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematah­kan serangan musuh: mereka akan diberi pene­rangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau mem­balas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
memungkiri1. tidak mengiakan, menyang­kal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. men­jauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
lenyap1. tidak kelihatan lagi, ghaib, hilang: maka jurumudi anak orang Pulau Laut sudah ~ tidak ternampak lagi; maka ia berjalan ke darat lalu ~; 2. lena (tidur), nyenyak: ~ benar budak Ibrahim itu tidur; 3. sl jatuh hati, kasih: maka apabila dilihat oleh si Kembang Cina akan keelokan Awang Sulung Merah Muda yg teramat sangat itu ~lah ia kepada­nya; ~ daratan hilang akal, lupa akan dirinya; melenyap menjadi lenyap: ia umpama kunang-kunang yg timbul sekali-sekala dan kemudian ~ dan dilupakan; melenyapkan menghilangkan, memusnah­kan, merosakkan: ia berasa bimbang agama Islam akan ~ kekuasaannya yg besar itu; ~ angan-angan; kelenyapan perihal lenyap, kehilangan, ke­musnahan; pelenyapan perihal (proses) melenyapkan sesuatu, penghapusan, penghilangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tersebut1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sembuhmenjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS.Kamus Dewan Edisi Keempat
maka1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
maka dari itusebab itu, kerana itu:Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas