larat I | 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tembakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kian I | 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. sehingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyakbanyak: harta dunia yg ~ banyaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkawal | 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeningkan | 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeningkan kepala | 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahaja II | 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~ makin elok parasnya. | Kamus Pelajar |
usahkan | 1. jangankan: wahai nenek, ~ kami berjumpa, mendengar namanya baru ini-lah; 2. bukannya, jangankan, tidak pula: makin lama ~ makin pandai, makin pula bodoh; 3. daripada, dari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rampok | ark kumpulan yg memecah rumah orang: ukuran hidup makin hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~, pengemis, dan kupu-kupu malam; merampok mencuri dgn memecah rumah, mengambil barang orang dgn paksa, menjarah: maka turunlah Badwi dr gunung datang ~ dan menyamun; rampokan (barang) yg dirampok, hasil merampok: barang-barang ~; kerampokan kemasukan perampok; perampokan perihal merampok, perbuatan merampok: ia dihukum 15 tahun penjara kerana ~ bersenjata; perampok orang yg merampok, penjarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mingkin | Jk makin; mingkinan makin sangat, bertambah sangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tua-tua kelapa | makin tua makin baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |