atlas I | buku yg mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat-maklumat lain tentang negeri-negeri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garis kasar | 1. garis yg dilukis secara kasar; 2. rangka, catatan ringkas, maklumat-maklumat utama (yg dikemukakan tidak secara terperinci); menggariskasarkan menerangkan sesuatu dgn tidak terperinci: perniagaan kecil boleh digariskasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkhidmatan maklumat(information service) | Pelbagai perkhidmatan yang berasaskan maklumat, seperti maklumat pasaran saham dan maklumat cuaca yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai. | Kamus Komputer |
komunikasi(communication) | 1. Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. 2. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. | Kamus Komputer |
interaktif | 1 saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain: Berbagai-bagai maklumat diberikan termasuklah maklumat ~. 2 membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: Program itu membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teknologi | /téknologi/ ilmu ttg cara mencipta barang-barang dlm perusahaan, spt bangunan, jentera. ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik. ~ maklumat dan komunikasi teknologi maklumat melalui penggunaan komputer dan dlm bidang telekomunikasi. berteknologi mempunyai teknologi: kenderaan ~ tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemerolehan data(data acquisition) | Proses memperoleh maklumat oleh suatu sistem daripada sistem yang jauh. Maklumat tersebut ditukarkan kepada maklumat digital dan boleh dicetak untuk kegunaan penyimpanan rekod atau tugas penyeliaan, atau sebagai rekod maklumat pengujian. | Kamus Komputer |
pemprosesan maklumat(information processing) | Teknik memasukkan, menganalisis, menilai, mengolah, mengeluarkan dan menyebarkan maklumat yang diterima daripada sumber maklumat. | Kamus Komputer |
pembekal maklumat(information provider) | Pihak yang berfungsi membekalkan maklumat yang pelbagai atau yang khusus bagi sistem rangkaian pangkalan data atau pusat perkhidmatan maklumat. | Kamus Komputer |
dapatan semula maklumat(information retrieval) | Tindakan atau proses memperoleh kembali butir-butir maklumat tertentu yang tersimpan dalam bahantara pemegang maklumat, seperti pangkalan data. | Kamus Komputer |