makro- | (awalan yg bererti) besar, menyeluruh, mis makroekonomi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makro | meliputi hal (faktor dsb) yg umum atau yg menyeluruh: Kerajaan pusat melihat pembangunan pd peringkat ~ dan kerajaan negeri melihatnya pd peringkat mikro. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makro- | awalan asing besar, banyak, menyeluÂruh, mis makroekonomi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makro | meliputi skop (hal, faktor dsb) yg umum atau menyeluruh: kerajaan pusat melihat keperluan dan masalah pembangunan pd peringkat ~, manakala kerajaan negeri pula peringkat mikro; bandingkan perubahan sosial pd tahap ~ dan mikro. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjanaan makro(macrogeneration) | Proses menjanakan beberapa suruhan bahasa mesin daripada kenyataan makro dalam atur cara sumber. | Kamus Komputer |
sistem makro(macro system) | Sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. | Kamus Komputer |
ekonomi makro | makroekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kod makro(macro code) | Kaedah pengekodan atur cara. Dalam kaedah ini, suatu kumpulan suruhan mesin dikodkan untuk diwakili oleh kod tertentu. Kod ini kemudian boleh digunakan di mana-mana bahagian atur cara seperti suruhan mesin sistem yang asal. Kaedah ini membolehkan suruhan mesin baru diwujudkan dalam atur cara. | Kamus Komputer |
aksara kawalan(control character) | 1. Aksara yang digunakan dalam pengendalian untuk memulakan, mengubah suai, atau memberhentikan sesuatu proses. 2. Aksara yang tidak dicetak, yang terdiri daripada 32 aksara pertama dalam jadual piawaian aksara ASCII. 3. Satu atau gabungan dua aksara kunci yang digunakan untuk menggerakkan suruhan makro. | Kamus Komputer |