makruh | perkara yg tidak disukai Allah, yg tidak ditegah atau tidak diharamkan melakukannya tetapi berpahala jika meninggalkannya (spt merokok, memakan bawang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makruh | Ar perkara yg dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala: me-lambat-lambatkan berbuka puasa adalah ~ hukumnya; memakruhkan menyebabkan sesuatu (perbuatan, tindakan) menjadi makruh: maka dimakruhkan suami mengambil harta yg dijadikan tebus diri isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemandi | orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memakruhkan | menyebabkan sesuatu (perbuatan, tindakan) menjadi makruh: maka dimakruhkan suami mengambil harta yg dijadikan tebus diri isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibadat | segala amalan baik yg dilakukan (yg wajib, yg sunat atau yg digalakkan) dan segala pengekangan diri drpd melakukan perkara yg terlarang sama ada yg haram atau yg makruh, semata-mata kerana Allah: Sembahyang itu ialah ~ yg utama dlm agama Islam. beribadat melakukan ibadat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibadat | segala amalan baik yg dilakukan (yg wajib, yg sunat atau yg digalakkan) dan segala pengekangan diri drpd melakukan perkara yg terlarang sama ada yg haram atau yg makruh semata-mata kerana Allah: Sembahyang itu ialah ~ yg utama dlm agama Islam. beribadat melakukan ibadat. | Kamus Pelajar |
mandi I | 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk keduadua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |