Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melepaskan niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll)membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksud­nya, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
usahadaya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai. berusaha bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. mengusahakan 1 mengerjakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh; menjalankan sesuatu usaha: Ayahnya seorang saja yg ~ sawah itu. 2 mencari jalan utk mencapai sesuatu maksud; mengikhtiarkan. 3 mengurus sesuatu pertubuhan dll supaya berjalan dgn licin: Ada tiga orang pegawai yg ~ syarikat perumahan itu. perusahaan 1 pekerjaan secara besar-besaran utk membuat atau utk mengeluarkan barang-barang spt kain, baju; industri: ~ gula. 2 pekerjaan berniaga secara besar-besaran: Ia sudah kaya sekarang kerana ~nya sangat maju. pengusahaan perbuatan atau hal mengusahakan sesuatu. pengusaha orang yg mengusahakan sesuatu badan perusahaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keseluruhan1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
seluruhsegenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kena1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontar­an, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam ke­pialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksud­nya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, ta­waran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri men­dapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (per­kataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah men­dapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluar­gaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, mat­lamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. mem­peroleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehen­daki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hu­bungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasar­an): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), me­wajibkan, menjadikan tanggungan atau beban­an (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena­-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) me­mukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan pera­saan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang mem­perdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit.Kamus Dewan Edisi Keempat
usahadaya upaya atau ikhtiar utk mencapai sesuatu maksud: ~nya utk mendirikan surau itu disanjung tinggi oleh orang ramai.Kamus Pelajar
tuju I1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan men­jadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. meng­alamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyam­paikan kpd: Radio Malaysia sedang meran­cang siaran dlm bahasa Perancis yg dituju­kan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
dahi1. bahagian muka di antara kening dgn kaki rambut: ~nya berkerut; bulu ~ kening; ~nya kiliran taji ki dahinya licin; ~nya sehari bulan ki kaki rambutnya melengkung spt bulan sehari; 2. ki bahagian depan (sesuatu) yg boleh disifatkan sbg dahi; ~ layar kayu pd tiang utk menguatkan layar; biar ~ berluluk asal tanduk mengena prb biar bersusah payah asal maksud tercapai; siapa pun jadi raja, tangan aku ke ~ juga prb siapa pun yg berkuasa, aku tetap meng­hor­matinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tafsir1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir.Kamus Dewan Edisi Keempat
maksud1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas