makyung | lakonan ttg cerita-cerita tertentu yg dipertunjukkan dgn nyanyian serta tarian dan juga lawak jenaka (umumnya dlm loghat Kelantan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
makyung | sj drama tari (yg mempersembahkan cerita dgn tarian dan nyanyian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asok | Kd pasangan menari (makyung dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peran | 1 pemain sandiwara. 2 pelawak dlm pertunjukan makyung. memerankan memainkan sesuatu watak; melakonkan. peranan 1 watak (yg dilakonkan oleh peran). 2 tugas (bahagian, pekerjaan) yg dilakukan utk menjayakan sesuatu: Ibu bapa harus memainkan ~ penting dlm usaha memupuk minat membaca di kalangan murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mekmulung | (mékmulung) Pn sj tarian (hampir sama dgn makyung atau menora). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bering-bering | sj canang (dipakai dlm permainan menora, makyung, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peran I | 1. pemain sandiwara; 2. pelawak dlm pertunjukan makyung, badut; 3. topeng pelawak; memerankan melakonkan peranan: jadi bung minta aku ~ bahagian-bahagiannya? peranan 1. pemain sandiwara, pelawak; 2. bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil ~ sbg bahasa Kebangsaan yg tunggal; berperanan mempunyai peranan, memainkan (memegang) sesuatu peranan: dlm hal ini guru ~ sbg penasihat saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gedombak | sj gendang kecil yg berkulit sebelah (dlm pertunjukan makyung dan menora). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerek (cérék) III | Kl sj alat bunyi-bunyian dlm permainan makyung (menora). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keracap | 1. sj alat bunyian drpd buluh atau kayu (digunakan dlm permainan makyung dan menora); 2. bunyi buluh yg dihantuk-hantukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |