sarau I | Mn sial, celaka, malang: sekali malang datang, dua tiga ~ menyusul; menyaraukan menjadikan sial (celaka), mencelakakan.menyaraukan menjadikan sial (celaka), mencelakakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulu malang | pangkal malang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasib | sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malang | tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
badan malang | diri orang yg malang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebai malang | orang yg selalu ditimpa malang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
antah I | butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah; ~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~ tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga selamanya; laksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga dlm masa kekurangan; tidak tahu ~ terkunyah prb tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lebai | gelaran bagi orang yg mengetahui hal-hal agama atau orang yg taat kpd agama. ~ malang orang yg selalu ditimpa malang. ~ pulut orang yg kelihatan alim dan sedikit saja ilmunya tetapi suka menerima jemputan kenduri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nasib | sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. | Kamus Pelajar |
malang | 1. letaknya melintang (mengalang): pd tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang; 2. nasib yg tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial: tolonglah hamba yg ~ ini; 3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita: ~nya kebanyakan orang yg terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor; ~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang prb hal orang yg malang sewaktu sampai maksud yg kedua yg sudah di tangan hilang pula; ~ tak berbau prb kecelakaan yg tidak dapat diketahui sebelumnya; ~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari; memalangi ark menghormati, menyegani: di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi; kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |