lena | /léna/ 1 lelap sekali; nyenyak; nyedar: Anak kecil itu sedang ~ di pangkuan ibunya. 2 tidak sedar; leka; lalai: Dia masih ~ dgn angan-angannya. melenakan menjadikan atau membuat supaya lena: Dia mencuba ~ dirinya di atas kerusi malas. terlena 1 tertidur; terlelap: Dia ~ di atas kerusi panjang. 2 terleka; terlalai: Amin ~ dlm angan-angannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teledor | (telédor) 1. tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, lengah, malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2. tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya; 3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dll); 4. ark bodoh, bengal, degil (makian);meneledorkan tidak mempedulikan kewajib-an dll, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan; keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malas I | 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengsa I | (réngsa) 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding; merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll); merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong; kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segan I | 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; segan-menyegan saling berasa segan: rasa ~ antara jiran sebelah-menyebelah rumah masih menebal di kalangan masyarakat kita; menyegani berasa segan (hormat, malu, takut) kpd, memalui, menghormati serta menakuti: ia sangat disegani oleh teman-temannya; pahlawan perang dan anggota dewan per-wakilan rakyat yg disegani; segan-menyegani saling menghormati, malu-memalui, harga-menghargai (antara satu dgn lain); menyegankan berasa segan (hormat, malu, takut) akan: kalau begitu apalagi yg kakak segankan; keseganan 1. yg disegani (ditakutkan, di-malukan): tetapi ada anaknya yg mulia dan gagah ~ orang banyak; 2. perihal segan (malu, takut, malas, dll), keengganan, ke-malasan; penyegan orang yg segan (malas, malu, dll), pemalas, pemalu: dahulunya saya perawan yg pendiam lagi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segan | 1 tidak mahu atau tidak suka melakukan sesuatu; malas; enggan: Sesiapa yg ~ bekerja, tidak akan senang hidupnya. 2 = ~ silu berasa malu atau hormat: Mereka semua ~ kpd Pak Lebai itu. menyegani menaruh rasa segan kpd; berasa hormat atau takut kpd: Kami semua sangat-sangat ~ dia. penyegan 1 orang yg berperasaan segan; pemalu. 2 orang yg malas; pemalas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berat | 1 kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2 besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3 tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4 terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5 lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar, spt meriam. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd: Soal rumah tangga ~ fikirannya. Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berat | 1. kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: <i>Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~.i> 2. besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: <i>Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan.i> 3. tidak mudah melakukannya; susah: <i>Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah.i> 4. terlalu teruk; parah: <i>Penyakitnya setiap hari bertambah ~.i> 5. lebih besar ukurannya drpd yg biasa: <i>senjata ~i> senjata yg besar-besar spt meriam dsb. <i>~ badani> a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). <i>~ ekori> malas bekerja. <i>~ hatii> a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. <i>~ lidah (mulut)i> kurang ramah; pendiam. <i>~ tangani> malas bekerja. <i>~ telingai> kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd:<i>Soal rumah tangga ~ fikirannya.Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya.i> memberatkan 1. menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: <i>Ia ~ tali kailnya dgn timah.i> 2. menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: <i>Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan.i> 3. menganggap lebih penting; mementingkan: <i>Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya.i> memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1. sesuatu yg menyukarkan: <i>Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka.i> 2. berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: <i>Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu.i> pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat benda yg digunakan utk memberati atau memberatkan. | Kamus Pelajar |
lengah | (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalankan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerjakan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mempersenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg menggunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluk | 1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) tangan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling berpeluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) mendakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |