Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memilih1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu.Kamus Pelajar
pilih; ~ kasihberat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. memilih 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. memilihkan memilih barang (jodoh dll) utk orang lain: Ibulah yg ~ saya baju ini. pilihan yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. pemilihan perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. pemilih 1 orang yg memilih. 2 terlalu sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini.Kamus Pelajar
berkecuali1. ada kecualinya. 2. tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana.Kamus Pelajar
neutral1 tidak berpihak ke mana-mana; berkecuali. 2 ist bukan asid dan bukan bes. meneutralkan 1 menjadikan tidak memihak ke mana-mana; menjadikan berkecuali. 2 ist menjadikan neutral (dgn menambahkan asid pd larutan bes atau menambahkan bes pd larutan asid).Kamus Pelajar
pencar; berpencar-pencar, berpencaran1 tidak terkumpul di sesuatu kawasan; berserak di mana-mana; bertaburan: Pulau-pulau karang ~ di Lautan Teduh. 2 bercerai lalu pergi ke arah yg berlainan; bercerai ke mana-mana: Mendengar tembakan itu mereka lari ~.Kamus Pelajar
rata1 tidak tinggi rendah; datar: Papan itu hendaklah diketam dahulu supaya ~. 2 seluruh permukaannya sama diliputi: Dinding itu hendaklah dicat ~. 3 semuanya beroleh bahagian yg sama: Pusaka itu dibahagi ~. 4 tersebar ke mana-mana (bkn berita); terdapat di mana-mana; di mana-mana pun ada: Wabak taun sudah ~ di negara itu. rata-rata 1 rata benar; sama banyaknya: Selepas tanah itu digemburkan, taburlah baja ini ~. 2 sama semuanya; pukul rata; umumnya: Orang bawahannya ~ segan dan hormat kpdnya. 3 dibahagi sama; pukul rata; hitung panjang: ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi semusim. merata 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 = merata-rata tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. merataimerata di; merata ke segenap: Air yg tumpah itu ~ permukaan meja. meratakan 1 menjadikan rata; mendatarkan: Mereka sedang ~ kawasan itu utk dijadikan tapak perumahan. 2 membahagi-bahagikan supaya rata; menyebarkan ke mana-mana: Kerajaan berusaha hendak ~ kemakmuran ke seluruh negara. perata alat (jentera dll) yg meratakan. serata seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat.menyeratakan menyiarkan dll ke serata tempat.Kamus Pelajar
integerMana-mana nombor yang tidak mengandungi bahagian pecahan.Kamus Komputer
seseorangmana-mana orang; sesiapa.Kamus Pelajar
seada-adanyamana-mana yg ada saja.Kamus Pelajar
tersebarterdapat di mana-mana; terserak; tersiar ke serata tempat: Berita kekalahan Jepun mula ~ di Tanah Melayu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas