mandang II | Jk sj burung yg terdapat di payapaya dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati II | ; hati-hati cermat ketika melakukan sesuatu; teliti; ingat-ingat. berhati-hati berbuat sesuatu dgn hati-hati; beringat-ingat; berjaga-jaga: Ia ~ ketika membuat kerja. memperhatikan 1 memandang atau melihat dgn cermat; mengamat-amati: Segala gerak-geri dan tingkah lakunya diperhatikan oleh gurunya. 2 mengambil peduli; mempedulikan; mengendahkan: Dia tidak sedikit pun ~ nasihat ibu bapanya. perhatian keinginan atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. pemerhatian perbuatan memperhatikan: Asal usul penyakit itu diketahui setelah ~ dan percubaan dijalankan. pemerhati 1 orang yg memberikan perhatian. 2 orang yg menghadiri (menyertai) sesuatu persidangan, seminar dll tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lingas II | ; melingas memandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ ketika berada di bilik tamu itu; matanya ~ memandang sekeliling semasa berjalan meninggalkan tempat itu; melingas-lingas memandang-mandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ melihat kalau-kalau ada tentera pengawal yg dapat mengesan jejaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |