Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rengkel/réngkél/ ikatan buah-buahan yg kecil-kecil (spt buah langsat, manggis): se~ manggis. berengkel dlm keadaan diikat; berikat (dlm rengkel). berengkel-rengkel berangkai-rangkai (buah-buahan dll). merengkelkan mengikat sesuatu supaya berengkel: ~ buah langsat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rengkel /réngkél/ikatan buah-buahan yg kecil-kecil (spt buah langsat, manggis dll): se~manggis. berengkel dlm keadaan diikat; berikat (dlm rengkel). berengkel-rengkel berangkai-rangkai (buah-buahan dll). merengkelkan mengikat sesuatu supaya berengkel ~ buah langsat.Kamus Pelajar
manggisnama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manggis hutansj tumbuhan, beruas;Kamus Dewan Edisi Keempat
manggissj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampuk manggisa) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk mang­gisKamus Dewan Edisi Keempat
hitam tampuk manggishitam spt kulit buah manggis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rengkel(réngkél) ikatan atau rangkaian (buah-buahan dll) yg kecil: se~ manggis; berengkel, berengkel-rengkel 1. berangkai-rangkai (buah-buahan): manggis itu di­gantung berengkel-rengkel; 2. berekoran (orang berjalan): mereka berjalan berengkel-rengkel; merengkel membuat (mengikat, berjalan) berengkel-rengkel.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampuk1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung se­suatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan se­suatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup ke­malu­an anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegang­an cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk mang­gis; (memegang) ~ negeri (negara) (meme­gang) pemerintahan negeri (negara); ~ pe­merin­tah­an kuasa yg tertinggi dlm pemerin­tahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg ter­tinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang baha­gi­­an subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam seke­liling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencari­an­nya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tam­puk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas ber­permata.Kamus Dewan Edisi Keempat
mewakafkanmemberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan se­suatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas