Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
manis Imanis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, per­cakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nya­man (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian? ~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata; ~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus diper­timbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat; bermanis; ~ muka tersenyum utk menun­jukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis; bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut; memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar; memaniskan menjadikan manis; lewat di-maniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih­kasihan tetapi kemudian selalu berselisih; mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ muka-nya ketika menyatakan maksudnya itu; manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. kese­ronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan; pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.Kamus Dewan Edisi Keempat
manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa;Kamus Dewan Edisi Keempat
manis-manisan1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa;Kamus Dewan Edisi Keempat
madu I1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
manis1 (be)rasa spt rasa gula atau rasa madu: ~ kuih ini. 2 sedap dipandang; cantik; elok: Anaknya ~-~ belaka. 3 sangat menarik hati (ttg kelakuan, tutur kata dll); sangat peramah dan lemah lembut kelakuannya: Dia telah menyambut ketibaan kami dgn muka yg ~. ~(-~) buah tidak berapa manis (spt manis kuih, bubur). ~ budi bahasa bertingkah laku yg baik dan bersopan santun. bermanis bercakap atau bertutur dgn kata-kata yg manis. bermanis-manis melakukan sesuatu dgn manis; berkelakuan lemah lembut. memaniskan menjadikan manis: Ketika berbincang dgn kami, dia sentiasa ~ mukanya. manisan 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. kemanisan keadaan atau sifat manis: ~ buah; ~ gadis itu menawan hati. pemanisan perbuatan atau hal memaniskan. pemanis apa-apa yg menyebabkan sesuatu menjadi manis atau kelihatan manis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
manisan1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
madu I1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gula Ibenda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
halwa1. buah-buahan yg direndam dlm air gula, manisan buah-buahan: ~ belimbing; ~ betik; ~ pala; 2. penganan yg manis; ~ maskat sj penganan (dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula, dll); 3. ki sesuatu yg menyedapkan (mata, telinga, dll); ~ mata sesuatu yg menyedapkan pandangan; ~ nikmat berbagai-bagai penganan (benda yg lazat-lazat); ~ rambut sj gula-gula yg menye­ru­pai kapas (biasanya berwarna merah jambu), alusmitai; ~ telinga sesuatu yg menyedapkan pendengaran (spt lagu, qasidah, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
mulut1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd manusia atau bina­tang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yg di-minum; 2. ki sesuatu yg rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~ belanga; ~ kubur; 3. ki perkataan, per­cakapan; banyak ~ banyak cakap, cerewet; ~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b) suka mengeluarkan kata­kata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan kata­kata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang kecil-kecil (utk pernafasan) pd daun; ~ gatal gemar memperkatakan apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung berapi; ~ hebiak Kd orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl suka mencarut-carut; ~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata; ~ kulit lubang kecil pd kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah lembut dan baik tutur katanya; ~ murai orang yg sangat suka bercakap-cakap; ~ sungai kuala (muara) sungai; ~ tajam suka menge­luarkan kata yg pedas-pedas; ~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak berhenti-henti berkata­kata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang, pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang di­umpat atau dibuatkan pekerjaan yg menda­tangkan bahaya dll; ~ hang lebih drpd gedem-bai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis per­kataannya dan barang atau wang yg dipinjam­kan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali; ~ manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia be­kerja dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya; gula di dlm ~ prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita; manis ~nya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkata­an yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya; terlepas dr ~ buaya, masuk ke ~ harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih besar; bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap; ~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang; bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkata­kata.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas