suis manual(manual switch) | Suis pada perkakasan yang perlu dikendalikan oleh manusia. | Kamus Komputer |
pensuisan manual(manual switching) | Penukaran keadaan yang dilakukan oleh manusia. | Kamus Komputer |
pengendalian manual(manual operation) | Kerja atau pemprosesan yang dilakukan sendiri oleh manusia tanpa bantuan mesin. | Kamus Komputer |
pemasukan manual(manual entry) | Proses memasukkan data oleh operator atau pengguna melalui penaipan atau cara lain yang bukan automatik. | Kamus Komputer |
kawalan manual(manual control) | Kaedah pengawalan sistem oleh pengendali melalui penggunaan peranti kawalan yang bukan automatik. | Kamus Komputer |
dokumen boleh serah(deliverable document) | Dokumen seperti manual pengguna, manual pengendali, manual pengatur cara, dan dokumen lain yang tidak mengandungi maklumat rahsia atau terhad, yang boleh diserahkan kepada pelanggan. | Kamus Komputer |
manual pengguna(user manual) | Dokumen, dalam bentuk cetakan atau elektronik, yang dapat membantu pengguna menggunakan perkakasan atau perisian komputer dengan betul. | Kamus Komputer |
manual jalanan(run manual) | Dokumen, seperti kenyataan masalah, carta alir, senarai kod atur cara, suruhan pengendalian, dan longgokan taraf yang digunakan sebagai rujukan pelaksanaan sesuatu atur cara komputer. | Kamus Komputer |
manual | 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk melaksanakan sesuatu; 2. dilakukan atau dikendalikan dgn tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perisian kursus(courseware) | Perisian komputer, manual, dan alat bantu yang digunakan untuk mengajar sesuatu tajuk atau mata pelajaran dengan komputer. | Kamus Komputer |