manuskrip | naskhah, buku dll yg mula dibuat (sebelum dicetak) dlm bentuk bertulis tangan atau bertaip. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manuskrip | 1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya) yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan diterbitkan dlm bentuk buku dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naskhah | 1. karangan dll yg bertulis tangan, manuskrip; 2. Id karangan asal (yg akan dicetak atau diterbitkan), manuskrip, skrip; 3. penjodoh bilangan utk buku (majalah, surat khabar, dll), buah: majalah itu berharga RM1.50 se~; 4. rang (undang-undang, perlembagaan, dll), rancangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kodikologi | kajian tentang manuskrip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
holograf | dokumen atau manuskrip yg ditulis tangan oleh pengarangnya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
editor kopi | editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselarasan ejaan, istilah, tatabahasa, gaya bahasa, dan gaya penulisan sesuai dgn gaya penerbit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyenaraian | perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
skriptorium | bilik utk menulis atau menyalin manuskrip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papirologi | kajian tentang naskhah, dokumen atau manuskrip kuno yg ditulis pd kertas papirus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naskhah | 1 karangan dll yg bertulis tangan; manuskrip. 2 penjodoh bilangan utk menghitung buku, majalah dll; buah: Harga majalah itu ialah seringgit se~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |